UNGA Lulus Resolusi Mengenai Hak Veto UNSC

2022-04-27 15:59:49  CRI
Share with:

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) semalam meluluskan satu resolusi yang berbunyi bahawa apabila suatu negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengveto, UNGA akan secara automatik mengadakan mesyuarat rasmi yang berkaitan untuk menjalankan perbincangan berkenaan.

Resolusi yang diluluskan tanpa pengundian itu berbunyi bahawa pengerusi UNGA perlu mengadakan mesyuarat UNGA yang rasmi dalam tempoh 10 hari selepas sebuah atau beberapa negara anggota tetap UNSC membuang undi veto, dan menganjurkan perbincangan mengenai isu yang diveto itu kecuali UNGA sedang mengadakan mesyuarat khas yang cemas mengenai isu yang sama.

Menurut resolusi itu, negara anggota tetap UNSC yang mengveto berpeluang menyampaikan ucapan terlebih dahulu dalam mesyuarat yang diadakan berikutnya..