Zon Terikat BDIA Mula Operasi

2022-04-27 10:45:32  CRI
Share with:

Zon terikat komprehensif Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing (BDIA) beroperasi bermula Isnin, apabila kumpulan pertama kargo menyiapkan prosedur bagi pelepasan kastam.

Selaku zon merentas wilayah pertama di bawah pengawasan khas kastam di China, ia menikmati dasar keutamaan membabitkan kawasan ekonomi lapangan terbang di Beijing serta Tianjin, yang berfungsi sebagai zon rintis perdagangan bebas dan zon terikat yang komprehensif.