Perlindungan Paya Janjikan Simbiosis Manusia dan Alam

2022-04-27 14:45:52  CRI
Share with:

Tanah paya memainkan peranan penting bagi melestarikan sumber air dan memelihara biodiversiti.

China mempunyai tanah paya seluas 66 juta hektar, iaitu 10 peratus daripada keseluruhan dunia.

Angka itu menduduki tempat pertama di rantau Asia dan keempat di dunia.

Perlindungan tanah paya sentiasa diutamakan di China, menyaksikan  64 tapak dimasukkan dalam Senarai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar List).

Setakat ini, sebanyak 602 zon perlindungan tanah paya ditubuhkan di serata negara.