Nelayan Hainan Kumpul Rumput Laut
2022-04-27 10:38:02 CRI
Setibanya peralihan musim bunga ke musim panas, nelayan dari Qionghai di wilayah Hainan dilihat sibuk membersihkan permukaan air laut yang padat dengan rumput laut berwarna coklat yang dikenali sebagai Sargassum.
Tindakan itu bertujuan membendung kehidupan akuatik invasif rumput laut.
Selepas pengeringan, rumput laut itu dipasarkan ke Shandong, Liaoning dan wilayah lain sebagai sumber makanan kepada landak laut dan timun laut.