Kualiti Alam Sekitar Dunhuang Semakin Baik

2022-04-27 10:42:55  CRI
Share with:

Berkat program penghijauan serta kempen mencegah penggurunan dan kekeringan, kualiti alam sekitar di Mingsha Mountain and Crescent Moon Spring, iaitu destinasi pelancongan pilihan di bandar Dunhuang, wilayah Gansu, menyaksikan perubahan besar.

Pada April ini, Dunhuang mengalami cuaca lembap yang membawa lebih banyak hujan, menyebabkan kawasan peranginan itu subur dengan tumbuh-tumbuhan.