Hak Harta Intelek Perusahaan Asing Semakin Terjamin di China

2022-04-27 14:47:28  CRI
Share with:

Jumlah pemberian mandat dari paten cipta milik  warga asing di China pada tahun 2021 melonjak 23% berbanding tahun 2020, dengan  mencatat 110,000 buah. Pada tempoh yang sama, jumlah cap dagang yang terdaftar meningkat 5.2%, menokok 194,000 buah. Antaranya, jumlah permohonan dan  pendaftaran dari warga Amerika Syarikat (AS) masing-masing meningkat 32.1% dan  17.3%.

Demikian terkandung dalam Laporan Perlindungan  Hak Harta Intelek dan Persekitaran Perniagaan Tahun 2021 yang diumumkan  baru-baru ini.

Menurut Tinjauan Persekitaran Perniagaan China  2021 yang diterbitkan Majlis Perniagaan AS-China pula, 95% syarikat yang  diwawancara menyatakan mereka terus mendapat keuntungan di China, dan 74%  syarikat menyenaraikan China sebagai negara paling penting atau negara utama  antara lima terdepan dalam pelaksanaan strategi global mereka.  

Tinjauan Keyakinan Perniagaan 2021 yang  dikeluarkan Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah China juga menunjukkan, separuh  lebih perusahaan responden beranggapan bahawa penguatkuasaan undang-undang hak  harta intelek di China "cukup baik" dan "sangat bagus", iaitu penilaian yang terbaik dalam sejarah tinjauan tersebut.