Peranan China Penting bagi Rantai Pembekalan Global dan Transformasi Tenaga Hijau

2022-04-28 15:17:33  CRI
Share with:

China berperanan penting bagi rantai  pembekalan global dan transformasi tenaga  hijau.

Demikian dinyatakan Naib Pengarah Jabatan Asia  Pasifik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin, susulan penilaian  pusingan baharu pertubuhan itu terhadap ekonomi global akibat konflik Rusia dengan Ukraine dan penularan COVID-19.

Beliau berkata, sebagai entiti ekonomi  terbesar di Asia Pasifik, China memang boleh memberikan sumbangan yang pantas  kepada pemulihan rantai pembekalan apabila berjaya mengawal penularan COVID-19  di dalam negerinya. Sementara itu, negara-negara yang lain seperti Vietnam dan Bangladesh juga komponen yang penting dalam rantai pembekalan  serantau.

"Menyentuh transformasi tenaga hijau, walaupun terdapat turun naik dalam grafik harga tenaga global pada masa kebelakangan ini,  China tetap menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam transformasi tenaga  hijau. Pada jangka masa yang sederhana, kami menyedari bahawa hendaklah mendorong transformasi tenaga hijau dan peningkatan kepelbagaian pembekalan tenaga hijau. China diharapkan mengekalkan peranan pentingnya dalam proses itu",  katanya lagi.