Pewaris Seni Pertukangan yang Penuh Semangat

2022-04-28 15:14:03  CRI
Share with:

Tatah kerawang, juga dikenali sebagai seni pertukangan emas halus, sudah bersejarah lebih seribu tahun di China.

Teknik pertukangan yang disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan pada 2008 itu perlu menggunakan logam termasuk emas dan perak sebelum ditarik ke dalam filamen, dan kemudian dibenamkan dengan permata dan jed.


Gu Guoqiang, 28, mengenali teknik itu pada 2016 iaitu ketika mempelajari teknik membaik pulih barang artifak di Kota Larangan Beijing yang turut dikenali sebagai the Palace Museum.

Pada 2017, Gu mula belajar teknik tatah kerawang. Beliau menggabungkan seni pertukangan tradisional dengan nilai estetika kontemporari dan tabiat penggunaan, serta mengintegrasikan idea-idea estetik gaya Barat ke dalam karyanya.


Pada masa ini, studionya menghasilkan kira-kira seribu karya tatah kerawang setiap tahun dan sejumlah karyanya dieksport ke luar negara.

Kini, terdapat lebih 20 individu yang bekerja di studio itu dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan belia.

Menurut Gu, beliau berharap lebih ramai belia dapat mempelajari teknik itu agar ia boleh dipopularkan di arena antarabangsa dan meningkatkan keyakinan terhadap budaya China.