AS yang Janji Kosong Bahayakan Diri

2022-04-28 15:04:06  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menekankan bahawa Amerika Syarikat (AS) berjanji kosong bukan sahaja membawa bahaya kepada Taiwan, malah akan membahayakan diri sendiri.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyatakan pihaknya akan memastikan Taiwan mempunyai sebarang langkah yang wajar untuk menghadapi kemungkinan bertindak menentang “pencerobohan” dilakukan Tanah Besar China, dan menyokong Taiwan meningkatkan keupayaan yang tidak setimbal dalam menghadapi ancaman.

China telah memberi bantahan yang pedas terhadap pendakwaan tersebut yang dikeluarkan kelmarin.

Wang menegaskan “AS mengakui Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah, menerima pendirian China tentang 'Satu China', dan Taiwan adalah sebahagian wilayah China” termaktub dalam “Pengumuman Penjalinan Hubungan Diplomatik” China-AS dan “Pengumuman 17 Ogos” .

Selain itu, Pengumuman Shanghai China-AS pula menunjukkan AS menginsafi bahawa semua rakyat China di kedua-dua Selat Taiwan mengakui hanya terdapat satu China, dan Taiwan hanya sebahagian China. Jika kerajaan AS bersetuju dengan pendirian China tentang Taiwan adalah sebahagian China, adakah masuk akal pendakwaan tentang Tanah Besar China “mencerobohi” pulau Taiwan?

Wang berkata, prinsip Satu China adalah panduan kukuh dalam melindungi keamanan dan kestabilan Selat Taiwan. AS jangan memandang rendah azam dan keupayaan rakyat China yang berjumlah 1.4 bilion untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan tanah air. Tindakan AS yang membelakangi janjinya bukan sahaja membawa bahaya kepada Taiwan, malah akan membahayakan diri sendiri.