Prospek Pembangunan Ekonomi China Cerah

2022-04-28 11:48:08  CRI
Share with:

Data pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa pada suku pertama tahun ini yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing Negara mendedahkan bahawa pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa China adalah seimbang. Antaranya, lebihan akaun biasa mencapai USD89.5 bilion (RM390 bilion), menduduki 2.1% dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sementara itu, pelaburan langsung berada pada tahap tinggi dengan mencecah USD65 bilion (RM283 bilion).

Ketua penganalisis dari Bank Minsheng China (CMBC), Wen Bin berkata, pelaburan langsung ke China mencapai USD107 bilion (RM466 bilion) pada suku pertama tahun ini, yang mencatat rekod baharu. Ini memperlihatkan asas ekonomi China kukuh dan sentimen pelabur asing yang memandang baik prospek pembangunan ekonomi China.

Pada waktu yang sama, pelaburan langsung dari China ke luar negara pula mencapai USD42 bilion (RM183 bilion), meningkat hampir 3% berbanding suku ke-4 tahun yang lalu.

Menurut pakar ekonomi, dengan adanya sokongan dasar domestik, ekonomi China dijangka akan bertumbuh secara perlahan-lahan dan beroperasi dalam jurang yang munasabah, dan dilihat akan terus berperanan sebagai penyumbang utama bagi  pemeliharaan keseimbangan pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa di negara ini.