China Seru Amalkan Multilateralisme Sebenar

2022-04-29 12:59:55  CRI
Share with:

China menyeru kesamarataan terhadap semua negara tanpa mengira saiz besar atau kecil, menjaga kewibawaan undang-undang antarabangsa, selain mengamalkan multilateralisme yang sebenar bagi menghadapi pelbagai cabaran dan krisis pada masa ini.

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata demikian ketika menghadiri sesi meja bulat peringkat tinggi yang bertemakan ‘negara kecil, multilateralisme dan undang-undang antarabangsa’ pada Khamis.

Beliau menegaskan bahawa keamanan dan pembangunan dunia kini berdepan dengan cabaran yang getir, di samping dihantui pelbagai unsur ketidakpastian dan ketidakstabilan. Semua ini membawa tekanan yang besar kepada setiap negara, terutamanya negara kecil.

Semakin kritikal pada saat menghadapi suatu krisis, semakin menonjol peri pentingnya untuk menyedari bahawa manusia merupakan masyarakat yang berkongsi nasib bersama. Kita hendaklah berusaha dengan konsisten untuk membina kampung halaman bersama kita.

Menurut Zhang, China sentiasa menumpu kepada kesamarataan dalam pelaksanaan dasar luarnya.

“China adalah sahabat sejati bagi negara-negara kecil dan sederhana, dan sentiasa berganding bahu dengan mereka.

“China komited meningkatkan perpaduan dengan semua negara dengan berpaksikan PBB, menegakkan manifesto dan prinsip Piagam PBB, mempertahankan semangat saling menghormati, bekerjasama untuk manfaat dan pembangunan bersama, selain menjaga kewibawaan dan keberkesanan multilateralisme dan undang-undang antarabangsa bagi bersama-sama memelihara keamanan dunia,’ kata Zhang.