Liu Yijing, Pemuda Pengejar Angin

2022-04-29 15:32:27  CRI
Share with:

Karya ini diambil di Tongliao, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada 22 Ogos 2021.

Diberi jolokan sebagai "pencapaian signifikan" karya fotografi ribut dalam meteorologi skala meso China oleh ahli meteorologi skala meso China, karya tersebut turut menjadi kulit kepada jurnal SCI dalam terbitan khas mengenai "Kemajuan dalam Sains Atmosfera".

Karya ini dihasilkan oleh Liu Yijing, pemuda yang dilahirkan pada tahun 2000-an.

Bermula 2020, beliau telah menjelajah sepanjang 30 ribu kilometer di 11 provinsi dan wilayah di China dalam tempoh dua tahun untuk mengambil puluhan ribu gambar tentang ribut.

Minatnya itu membuat beliau turut dikenali sebagai 'pemuda mengejar angin'.

Kecenderungan Liu terhadap tentang meteorologi boleh dilihat sejak umurnya masih kecil, iaitu apabila rakan-rakan seusianya tertarik dengan tontonan kartun, beliau pula sangat menggemari menonton ramalan cuaca.

Ketika berlaku ribut pada 2020, beliau menggunakan dron mengambil klip video selang masa, yang secara tidak langsung menjadi pemula kepada kerjayanya sebagai jurugambar ribut.

Pada permulaannya, Liu mengambil gambar tentang ribut bertujuan untuk mencari keindahan ekstrem dari cuaca ekstrem.

Lama kelamaan, karya beliau lebih memfokuskan tentang keadaan yang dialami individu ketika berlakunya ribut.

Selain jurugambar, Liu juga bekerja sebagai promoter meteorologi

Melalui karya-karya gambar, beliau mempopularkan ilmu meteorologi dan membantu pengajian meteorologi agar membantu rakyat mengelakkan bencana cuaca ekstrem

"Pemandangan ribut sangat cantik tetapi amat berbahaya. Saya berharap lebih ramai orang memahami cuaca ekstrem dan membuat persiapan. Itulah tujuan karya-karya saya," ujar beliau.