966 Pekerja Menangi ‘Pingat Pekerja 1 Mei’ 2022

2022-04-29 12:16:54  CRI
Share with:

Sebahagian pekerja yang berprestasi cemerlang dalam setahun lalu mendapat pengiktirafan sumbangan pada saat menjelang ketibaan Hari Pekerja dalam satu majlis yang diadakan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja China pada Khamis.

 

Antaranya, 200 orang individu mendapat sijil pengiktirafan, 966 orang dianugerahi ‘Pingat Pekerja 1 Mei’, dan 956 lagi pasukan atau institutsi mendapat gelaran ‘Perintis Pekerja Kebangsaan’.  

Sebanyak 35 ‘Pingat Pekerja 1 Mei’ dan 3 gelaran ‘Perintis Pekerja Kebangsaan’ dianugerahkan kepada pemenang Pertandingan Kemahiran Vokasional Kebangsaan untuk Golongan Buruh dan pembina projek mega kejuruteraan kebangsaan.

Jumlah pemenang dari sektor industri menunjukkan nisbah yang menonjol dalam keseluruhan, iaitu menduduki 40.1% dengan melibatkan 373 individu pada tahun ini.