UNSC Kutuk Letupan Bom Sasarkan Warga China di Universiti Karachi

2022-04-29 12:24:49  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) telah mengeluarkan ucapan penerangan pengerusi pada Khamis, yang menlontarkan kutukan pedas kepada letupan bom yang menyasarkan sebuah van yang dinaiki warga China berhampiran Institut Konfusius di Universiti Karachi,Pakistan.

Dimaklumkan, Briged Majeed Angkatan Pembebasan Balochistan (BLA) mengakui pihaknya yang melancarkan serangan yang meragut 3 nyawa warga China dan 1 nyawa warga Pakistan serta mengakibatkan beberapa banyak cedera itu.

UNSC menyampaikan duka cita dan rasa simpati yang ikhlas kepada mangsa dan keluarga terbabit, di samping menegaskan bahawa keganasan dalam sebarang bentuk adalah ancaman serius terhadap kedamaian dan keamanan antarabangsa. Pencetus dan pendalang keganasan semestinya diheret ke meja pengadilan.