AS Wajib Terangkan Tindakan Ketenteraan Biologinya

2022-04-29 14:48:34  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei dalam sidang akhbar semalam menyatakan senjata biologi merupakan senjata pembunuhan besar-besaran. Amerika Syarikat (AS) sebagai pembuat krisis biokimia wajib memberi penjelasan kepada dunia.

Setelah Rusia mengumumkan dokumen berkenaan mengenai tindakan ketenteraan biologi yang dilakukan AS di Ukraine bahkan di seluruh dunia dalam mesyuarat masalah keselamatan biologi Majlis Keselamatan PBB, AS didakwa telah melarang "Konvensyen Larangan Senjata Biologi".

Kemudian, AS bukan sahaja tidak memberi jawapan langsung, malahan mengemukakan persoalan kepada China dan Rusia berhubung pelaksanaan konvensyen tersebut.

Tan Kefei menegaskan bahawa tindakan ketenteraan biologi dilakukan AS telah menimbulkan kerisauan masyarakat antarabangsa. Pihak AS wajib memberi penjelasan terhadap isu yang begitu penting yang berkaitan dengan keselamatan sejagat.

Menurut Tan, terdapat bukti kukuh yang mendedahkan tentera AS pernah menggunakan senjata kuman di Semenanjung Korea termasuk kawasan sempadan China dengan wilayah itu pada 1950an. Semasa berlangsungnya Perang Vietnam pula, "Agent Orange" yang digunakan tentera AS telah membawa mudarat yang tidak boleh dibaikpulih kepada rakyat Vietnam dan ekologi persekitaran tempatan.

Boleh dikatakan bahawa AS ialah satu-satunya negara yang pernah menggunakan senjata pembunuhan besar-besaran termasuk senjata nuklear, senjata kimia dan senjata biologi terhadap negara lain.

Selain itu, menurut maklumat diumumkan AS sendiri, negaranya telah membina 336 buah makmal di 30 buah negara. Rakyat dunia berhak menyoalkan AS, apakah hubungan antara Jabatan Pertahanan AS dengan makmal biologi AS di luar wilayahnya? Kenapa sering kali tercetus penyakit berjangkit yang luar biasa di tempat terletaknya makmal milik tentera AS?  Washington wajib memberi jawapan yang jelas.