Mesyuarat Pusat PKC Bincang Situasi Ekonomi

2022-04-29 15:16:07  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Xi Jinping untuk membincangkan situasi dan tugasan ekonomi serta membahas rancangan pendidikan modal insan bagi tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 pembangunan sosioeknomi negara China (2021-2025).

Rumusan dan arahan yang dibuat dalam Mesyuarat itu berbunyi bahawa China berjaya mewujudkan pengoperasian ekonomi yang stabil sejak permulaan tahun ini, yang dilihat tidak terlepas dari pimpinan pantas Jawatankuasa Pusat PKC yang diketuai Xi Jinping.

Selain itu, peri pentingnya mengawal wabak COVID-19, menstabilkan ekonomi dan menjamin keselamatan pembangunan juga ditegaskan. Perinciannya termasuk mengekalkan pelaksanaan pendekatan 'dinamik sifar COVID-19', menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat dengan maksimum dan mengurangkan pengaruh negatif terhadap pembangunan sosioekonomi dengan sedapat mungkin sepanjang penularan wabak.

Sementara itu, hendaklah meningkatkan kawal selia dari segi dasar makro untuk menstabilkan ekonomi dengan substantif, berusaha merealisasikan sasaran pembangunan sosioekonomi yang ditetapkan untuk sepanjang tahun di samping memastikan ekonomi berkembang pada julat yang munasabah.