Import Eksport China Melalui E-dagang Catat RMB1.98 Trilon

2022-04-29 15:27:41  CRI
Share with:

Menurut laporan pengajian terhadap pembangunan hak harta intelek dalam e-dagang China pada tahun 2021 yang dikeluarkan baru-baru ini, jumlah jualan runcit dalam talian di kawasan luar bandar China pada tahun 2021 meningkat 11.3% berbanding tahun 2020 dengan mencatat RMB2.05 trilion (RM1.35 trilion), manakala jumlah jualan runcit produk pertanian dalam talian merekodkan RMB422.1 bilion (RM278 bilion), meningkat 2.8%.

Laporan itu menunjukkan bahawa hak harta intelek dalam e-dagang rentas sempadan kelihatan semakin terpelihara. Jumlah import eksport melalui e-dagang rentas sempadan meningkat 15% dengan mencatat RMB1.98 trilion (RM1.3 trilion). Serentak itu, jumlah platform dan peniaga yang terlibat dalam e-dagang rentas sempadan serta skopnya makin meningkat. 

Laporan itu juga menekankan bahawa China komited akan menyempurnakan pengumpulan data dan maklumat mengenai e-dagang rentas sempadan, membimbing pembangunan sistem perlindungan yang dipacu teknologi, menggalakkan penyelarasan yang berpandukan peraturan antarabangsa, dan terus berkerjasama dengan sektor e-dagang negara lain untuk meningkatkan perlindungan hak harta intelek.