Hak Asasi Manusia Dunia Terjejas Ekoran Permainan Politik AS

2022-04-30 13:21:19  CRI
Share with:

Apa yang disebut "Laporan Hak Asasi Manusia Pelbagai Negara 2021" terbitan Amerika Syarikat (AS) telah mengundang bantahan pedas dan kritikan tajam daripada banyak negara baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa perkembangan hak asasi manusia sedunia terjejas ekoran permainan politik AS yang sudah biasa mengejari kepentingan hegmoni sendiri, dengan bertindak tanpa panduan yang selari dengan arus zaman.

 

Zhao berkata, laporan diumumkan AS itu hanya melibatkan situasi hak asasi manusia 198 buah negara dan kawasan di seluruh dunia beserta lampiran tentang dakwaan yang menuding-nuding, namun tidak melibatkan situasi dalam negeri AS. Mengecam negara lain tanpa alasan yang menyakinkan tidak membantu AS memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara sendiri, sebaliknya hanya menjadikan amalan  dwistandard yang hipokrit terdedah.

 

Zhao menekankan bahawa hak asasi manusia bukan hak hanya milik sesetengah negara, dan tidak boleh diperalatkan untuk memberi tekanan kepada negara lain serta memeras ugut dari segi politik. Oleh itu, AS perlu segera berhenti dalam mereka-reka laporan tentang keadaan hak asasi manusia di negara lain, dan sebaiknya menaruh perhatian terhadap usaha untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negaranya sendiri.