China Berjaya Lancarkan 5 Satelit di Laut Timur

2022-05-01 14:57:29  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan siri satelit Jilin-1 Gaofen 03D(04~07)/04A yang dibawa roket Long March-11 dari satu platform di kawasan perairan Laut Timur pada pukul 11.30 semalam, dan sudah mengenalpasti 5 satelit tersebut memasuki orbit yang dijadualkan.

 

Menurut maklumat berkenaan, siri satelit tersebut akan berfungsi menyediakan perkhidmatan kawalan jauh komersial dalam bidang tinjauan sumber tanah, perancangan pembangunan bandar dan pemantauan bencana.