Indeks Pengangkutan Kereta Api China Cipta Rekod

2022-05-02 13:21:45  CRI
Share with:

Perkhidmatan kereta api telah menghantar 330 juta tan barang pada April lalu, meningkat 10.1 peratus iaitu 30.18 juta tan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. 

Ditinjau dari segi laluan penghantaran kargo antarabangsa, perkhidmatan kereta api China-Laos telah menghantar kargo sebanyak 132 ribu tan, meningkat 10 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Selain itu, kereta api kargo China-Eropah pula mengekalkan pengoperasian yang normal dan berperanan penting dalam melancarkan perdagangan antara China dengan negara-negara terlibat.

Menurut pegawai jabatan kereta api China, pihaknya akan berusaha memastikan pengangkutan kargo lancar demi menjamin pengoperasian ekonomi dan kehidupan rakyat yang normal.