Xi Galak Golongan Belia Menyumbang kepada Kebergantungan Diri China dalam Sains dan Teknologi Aeroangkasa

2022-05-03 13:09:17  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada golongan muda dari pasukan pembinaan Stesen Angkasa, Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC) sempena Hari Belia yang disambut pada 4 Mei.

Xi dalam suratnya telah mengenang kembali lawatannya ke CASC sembilan tahun dahulu dan keadaan berinteraksi dengan penyelidik muda di sana. Dari Tiangong, Beidou dan Chang'e ke Tianhe, Tianwen dan Xihe, industri aeroangkasa China telah mencipta sejarah baharu. Sebilangan besar penyelidik muda telah menerajui dan memikul tanggungjawab yang berat hingga menunjukkan semangat maju belia China dalam era baharu.

Xi menyatakan bahawa membina negara aeroangkasa yang kuat bergantung kepada usaha berterusan dari generasi ke generasi. Diharapkan golongan penyelidik muda terus menyemarakkan semangat "dua bom, satu satelit" dan semangat penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan, mempunyai keberanian untuk berinovasi dan mewujudkan penciptaan hingga mencapai kecemerlangan mereka yang mempesonakan dalam perjalanan mengejar impian angkasa lepas, selain memberi sumbangan baharu demi merealisasikan kebergantungan diri China dalam sains dan teknologi aeroangkasa.