Ekspedisi Qomolangma: Mara ke Kem Beraltitud 8,300 Meter

2022-05-03 11:23:57  CRI
Share with:

Seramai 14 ahli penyelidik yang menjalani misi ekspedisi saintifik yang di Gunung Qomolangma, yang lebih dikenali sebaga Everest, telah berjaya tiba di North Col Camp yang beraltitud 7,028 meter dari paras laut pada pukul 7.00 malam Isnin.

Kini, cuaca di  North Col Camp baik, dan kebanyakan anggota pasukan ekspedisi berada dalam keadaan baik, kecuali seorang kurang sihat.

Oleh itu, 13 penyelidik akan meneruskan misi dan bertolak ke kem yang terletak di tempat beraltitud 8,300 meter dari paras laut pada pukul 9.00 pagi dan dijangka sampai ke destinasi pada kira-kira pukul 6.00 petang.

Pasukan itu kemudian akan bertolak ke puncak gunung berkenaan pada pukul 3.00 awal pagi Rabu.

China melancarkan ekspedisi saintifik "Misi Kemuncak" terhadap Gunung Qomolangma, puncak tertinggi di dunia yang terletak di sempadan China-Nepal pada Khamis lalu.