Santapan Minda: Pasang Cita-cita Luhur

2022-05-03 23:00:42  CRI
Share with:

Kejayaan dikecapi dek cita-cita nan luhur, kecemerlangan digapai dek kegigihan nan tekal.

Dipetik dari Shang Shu (The Book of History), karya klasik Confucius dihasilkan lebih 2,000 tahun lalu, mutiara kata ini bermaksud setiap kejayaan datangnya daripada keazaman dan cita-cita tinggi diiringi usaha gigih tanpa mengenal erti jemu.

Menerusi kata-kata hikmah tersebut, golongan muda dititipkan pesanan supaya memasang cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta senantiasa berusaha ke arah melakar kecemerlangan.