Pelancongan Dijadikan Industri Tunjang di Perkampungan Purba

2022-05-04 09:27:21  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, sumber pelancongan dari segi sejarah dan kebudayaan dimanfaatkan di beberapa puluh kampung purba di kaunti Jingxing, bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei bagi menggalakkan pembangunan industri tunjang di kawasan desa.

Perkampungan purba yang tersenarai sebagai tapak perlindungan di peringkat negara dan peringkat provinsi tersebut, dulunya sunyi dan sepi, tetapi sekarang ini telah menjadi destinasi pelancongan inap desa yang popular, melalui pelaksanaan langkah-langkah seperti memperbaiki kemudahan perkhidmatan awam, menyediakan pertunjukan adat resam, merintis kaedah pengoperasian pelancongan dan kebudayaan, dan mengubahsuaikan bangunan lama sebagai rumah penginapan, restoran, kedai kopi dan buku.