Ulang Tahun Operasi Modul Teras Tianhe dalam Orbit

2022-05-04 13:34:51  CRI
Share with:

Tarikh 29 April adalah ulang tahun beroperasinya stesen angkasa lepas China dan modul teras Tianhe dalam orbit. Pada setahun yang lalu, modul teras Tianhe pernah dikunjungi  6 orang angkasawan dari kapal angkasa lepas Tianzhou-2, Shenzhou-12, Tianzhou-3 dan Shenzhou-13.

Pada Jumaat lalu, satu pameran gambar remaja yang bertemakan "penerbangan angkasa lepas" diadakan di Muzium Sains dan Teknologi China.

Dimaklumkan, modul teras Tianhe adalah komponen pertama yang dilancarkan bagi membentuk stesen angkasa lepas China, dan juga adalah alat peninjau angkasa lepas hasil penyelidikan China yang terbesar untuk kegunaan mengawal dan mengurus stesen angkasa lepas. Sebagai tapak perhentian angkasawan di ruang angkasa lepas, Tianhe berkemampuan berterbang, berfungsi sebagai tempat tinggal bagi angkasawan untuk suatu masa yang panjang, dan juga dilengkapi fasiliti untuk ujian perubatan aerospace dan sains angkasa lepas.