Karya Lukisan Dinding 3D di Desa

2022-05-04 08:44:52  CRI
Share with:

Liu Zhicheng, pelukis dinding 3D yang berasal dari kota Lijiang, provinsi Yunnan menjadi viral dalam internet dengan sekumpulan karya jalanannya di bandar Chongqing.

Karya hasilan Liu itu yang melibatkan lukisan dinding 3D yang menggambarkan penerbangan sembilan ekor naga, kelihatan sangat menakjubkan dan cepat tular di media sosial.

Setelah mencapai kejayaan di bandar besar, Liu memilih balik ke provinsi Yunnan untuk menghasilkan lukisan dinding yang menggambarkan perubahan yang dialami kampung halamannya.

Liu suka merakamkan proses penghasilan lukisannya dan memuat naiknya ke Internet dan sekarang ini sudah berjaya menarik sejuta pengikut.

Liu Zhicheng berharap agar lukisan dindingnya boleh diperkenalkan kepada lebih ramai netizen melalui edisi klip video tersebut. “Saya mahu menarik lebih ramai orang mengunjungi kampung halaman saya, dan saya juga berusaha supaya dapat membawa sedikit sebanyak pulangan kepada saudara sekampung”, ujar Liu.