Nilai Pengangkutan Kargo Kereta Api China-Laos Cecah RMB 5 Bilion

2022-05-04 15:35:24  CRI
Share with:

Kereta api kargo antarabangsa China-Laos yang membawa 500 tan kanji ubi kayu dalam 25 kontena bertolak dari Pelabuhan Mohan di provinsi Yunnan menuju ke provinsi Sichuan pada Selasa.

Kereta api yang di bawah penyeliaan Kastam Kunming itu menjadi kereta api kargo antarabangsa China-Laos pertama yang menggunakan mod kelulusan pantas di kastam.

Sejak perkhidmatan kereta api China-Laos dilancarkan pada 3 Disember 2021, Kastam Kunming telah menyelia dan meluluskan 882 kereta api kargo itu, dengan jumlah muatan kargo sebanyak 461,500 tan yang bernilai RMB5.04 bilion (RM3.31 bilion).

Mod kelulusan pantas kereta api ialah mod penyeliaan baharu yang dilancarkan oleh Pentadbiran Am Kastam China untuk meningkatkan kecekapan dan kemudahan transit barangan import dan eksport melalui kereta api dalam negara.

Bagi barangan yang tidak perlu dikuarantin di pelabuhan dan tidak terhad untuk perniagaan transit, pengusaha kereta api yang berkelayakan boleh memohon menggunakan mod tersebut.

Pegawai Kastam Kunming, Gao Jing memberitahu bahawa dengan adanya mod tersebut, pihak kastam, syarikat pengendali dan jabatan kereta api boleh meningkatkan kecekapan pelepasan kastam, dan mengurangkan kos operasi di samping menjalankan penyeliaan terhadap kereta api China-Laos dengan perkongsian data logistik dan sistem gelembung.