"Misi Kemuncak": Menuju ke Puncak Qomolangma

2022-05-04 12:18:59  CRI
Share with:

Anggota penyelidik yang menjalankan "Misi Kemuncak", iaitu ekspedisi saintifik China terhadap Gunung Qomolangma, akan meneruskan perjalanan mereka menuju ke puncak gunung tertinggi di dunia hari ini.

Seramai 12 ahli penyelidik akan menjalani misi di puncak gunung itu. Mereka akan bekerjasama dengan pusat komandar di kem pangkalan untuk bersama-sama menyelesaikan tugas yang paling penting dan mencabar.

Antara tugas itu termasuk membina stesen cuaca automatik tertinggi di dunia pada ketinggian 8,800 meter dari paras laut, buat kali pertama mengukur ketebalan ais dan salji dengan radar berketepatan tinggi, mengumpul sampel ais dan salji di 'Bumbung Dunia", serta menguji penyesuaian manusia pada ketinggian ekstrim.