Hungary Tidak Menyokong Sekatan EU Baharu terhadap Rusia

2022-05-05 12:54:27  CRI
Share with:

Hungary tidak menyokong rancangan sekatan Suruhanjaya EU terhadap Rusia  pusingan baharu kerana rancangan itu boleh menjadikan keselamatan bekalan tenaga di negaranya terjejas.

Menurut Menteri Luar Hungary, Szijjarto Peter, pengangkutan paip merupakan satu-satunya saluran bagi membawa minyak masuk ke negaranya. Penghantaran minyak melalui saluran paip mesti dikecualikan daripada sekatan jika mahu Hungary menyokong sekatan pusingan baharu tersebut.

Suruhanjaya EU mengemukakan draf usul untuk pusingan keenam tentang sekatan terhadap Rusia pada Rabu, antaranya termasuk pengharaman sepenuhnya terhadap import minyak Rusia menjelang hujung tahun ini. Berdasarkan peraturan EU, setiap draf usul Suruhanjaya EU memerlukan persetujuan sebulat suara daripada 27 negara anggotanya untuk berkuatkuasa. Presiden Suruhanjaya EU,  Ursula von der Leyen menyatakan bahawa draf usul itu tidak mudah untuk diluluskan kerana beberapa negara anggota sangat bergantung kepada Rusia untuk mendapatkan tenaga.