Pelaksanaan PKP Jadi Longgar di Hong Kong

2022-05-05 16:03:40  CRI
Share with:

Kerajaan wilayah pentadbiran khas (SAR) Hong Kong melonggarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dalam sebahagian bidang yang ditentukan, misalnya bilangan maksimum orang untuk setiap meja di premis katering dibenarkan meningkat kepada 8 orang, dan penduduk yang beriadah di tempat yang terbuka seperti taman tidak wajib memakai pelitup muka.

Selain itu, kolam renang dibuka semula. Jabatan Perkhidmatan  Kesenggangan dan Kebudayaan (LCSD) membuka semula 38 kolam renang yang  dimilikinya bermula 12 hingga 16 Mei ini. Kolam renang awam tertakluk kepada  prosedur penapisan air dan pembasmian kuman, dan sampel akan diambil untuk ujian  bagi memastikan kebersihan air terjamin