Usahawan yang Tertarik Balik Kampung Mulakan Kerjaya

2022-05-05 11:53:31  CRI
Share with:


Fang Gang, usahawan yang sudah mempunyai kerjaya yang baik memilih balik ke kampung Sanlian di pekan Ruikou, daerah Lin’an, bandar Hangzhou pada tahun 2018 untuk memandu penduduk setempat mengembangkan pelancongan dan perniagaan produk pertanian.

Beliau merupakan antara mereka yang tertarik balik kampung di pekan tersebut pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk memulakan kerjaya baharu dalam kerangka pelaksanaan pelbagai langkah yang bertemakan ‘persaudaraan sekampung dan ikatan persahabatan’. Tujuannya adalah untuk menarik dan menggalakkan tenaga insan yang unggul kembali ke kampung halaman masing-masing dan bertugas mendorong pembangunan dan kemajuan tempatan.