Pemuda Etnik Li Ceburi Perniagaan Teh

2022-05-05 16:17:48  CRI
Share with:

Wang Qiwang, 38, seorang pemuda etnik Li berasal dari kampung Yongxun, bandar Wuzhishan, provinsi Hainan yang telah lama berkecimpung dalam industri teh.

Untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua, Wang memilih pulang ke kampung untuk menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian di universiti.

Mula-mulanya, beliau terlibat dalam industri penternakan siput yang tidak memerlukan banyak pelaburan, sambil memulakan penanaman pokok teh secara kecil-kecilan.

Selepas berkahwin, Wang bersama isteri mengusahakan penanaman pokok teh berskala besar secara terlebih dahulu di Yongxun.

Dalam proses membangunkan industri teh, Wang giat meneroka model organik dengan membina pencerna biogas di kebun teh, memasang paip pengairan renjis biogas serta menternakkan ayam, itik dan angsa.

Beliau dengan bangganya memberitahu bahawa purata hasil petikan daun teh bagi setiap mu (0.067 hektar) di kebunnya mencecah sehingga 200 kilogram, dan mempunyai kualiti lebih tinggi.

Sepanjang cuti umum Hari Pekerja ini, Wang menyusun rancangan untuk membuka ladang teh berkonsepkan agropelancongan.

“Tidak lama lagi, para pengunjung bukan hanya dapat menikmati suasana santai menerusi aktiviti seperti memetik teh, memancing ikan dan menangkap siput, malah merasai keenakan hidangan ala kampung seperti telur goreng daun teh.

“Dengan pembinaan Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan, gunung Wuzhishan pun akan menyerlahkan daya tarikannya dan membawa pulangan lumayan kepada lebih ramai penduduk etnik Li,” kata Wang.