China Maju dalam Alihkan Pengiraan Data Timur ke Barat

2022-05-05 15:42:09  CRI
Share with:

China sudah memulakan perancangan untuk membina infrastuktur rangkaian mengenai pengkomputeran super generasi baharu, pengiraan awan, platform kecerdasan pintar (AI), jalur lebar dan lain-lain sejak tahun ini. 

Antara 10 kluster data kebangsaan, terdapat 25 projek baharu yang sudah dimulakan pelaksanaannya dengan pelaburan yang ditelannya melebihi RMB190 bilion(RM119.51 bilion). Antaranya, pelaburan terhadap kawasan barat meningkat enam kali ganda berbanding tempoh yang sama, menunjukkan kecenderungan peralihan pelaburan dari timur ke barat yang baik.

Menurut jangkaan berkenaan, pelaburan terhadap Pusat Data Raya pula akan meningkat pada kadar 20 peratus setiap tahun, dan jumlah keseluruhannya melebihi RMB3 trilion (RM1.89 trilion).