Pembinaan Infrastruktur Moden Diperkasakan Teratur di China

2022-05-05 15:39:08  CRI
Share with:

Sejak tahun ini, China memperkasakan pembinaan rangkaian infrastruktur moden dalam bidang pengangkutan, sumber tenaga, pengairan dan lain-lain yang dilihat kondusif bagi penerokaan potensi pelaburan dan pembangunan ekonomi ke arah yang bermutu tinggi. 

Berdasarkan Biro Statistik Negara China (NBS), pelaburan China terhadap infrastruktur pada suku pertama tahun ini meningkat 8.5 peratus , naik 0.4 peratus berbanding yang tercatat pada julat dari bulan Januari ke Februari. 

Yang paling menyerlah adalah projek penyambungan Paip Qingning (Qingdao-Nanjing) dengan paip pengangkutan gas dari barat ke timur telah memasuki fasa pembinaan terakhir baru-baru ini. Penyelesaian pembinaan projek tersebut menandakan terbentuknya secara menyeluruh rangkaian pengangkutan gas asli dari selatan ke utara dan dari barat ke timur.