Realisasikan Penghantaran Kuantum 1200 kilometer Antara Stesen Bumi: China

2022-05-06 12:37:35  CRI
Share with:

Kumpulan Universiti Sains dan Teknologi China yang diketuai Pan Jianwei mencapai kemajuan signifikan dalam ujian penghantaran kuantum jarak jauh yang menggunakan Satelit Sains Eksperimen Kuantum Micius baru-baru ini.

Ujian tersebut buat kali pertama merealisasikan penghantaran jarak jauh kuantum antara dua stesen bumi yang berjarak 1,200 kilometer di Bumi, sekali gus mengorak langkah yang signifikan ke arah membina pemprosesan maklumat kuantum dan rangkaian komunikasi kuantum global.

Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal akademik Physical Review Letters pada 2 Mei.