China Bantah AS Sekat Syarikat China

2022-05-06 12:35:00  CRI
Share with:

China membantah Amerika Syarikat (AS) menyekat syarikat China secara tidak beralasan.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas mengenai kerajaan AS yang mengkaji tindakan mengenakan sekatan terhadap syarikat China dengan alasan mencabuli hak asasi umat Islam di wilayah Xinjiang, dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Zhao menyatakan bahawa China akan memberi perihatin terhadap perkembangan situasi dan membantah keras Washington menggunakan isu hak asasi manusia atau menyalahgunakan kuasa negara untuk menyekat syarikat China secara tidak munasabah.