China Sumbang Tenaga Positif kepada Ekonomi Dunia

2022-05-06 14:03:24  CRI
Share with:

Ekonomi China adalah penyumbang tenaga positif kepada ekonomi dunia tatkala menghadapi ketidakstabilan dan ketidaktentuan, .

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing pada Kamis lalu.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia ke 3.6 peratus baru-baru ini. Mengulas mengenai perkara tersebut, Zhao menyatakan bahawa ekonomi dunia menghadapi situasi kritikal ekoran pergolakan geopolitik dan penularan pandemik COVID-19, yang turut memberi impak besar kepada kehidupan rakyat dan sosioekonomi di seluruh dunia. Pemulihan ekonomi menjadi aspirasi bersama rakyat pelbagai negara.

Statistik pada suku petama tahun ini menunjukkan, ekonomi China mengekalkan trend pemulihan, perdagangan luar dan pelaburan asing berkembang baik.

"China bersedia berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa, terus menyumbang kepada usaha menstabilkan rantai bekalan industri global, mendorong pemulihan ekonomi dunia dan merangsang keyakinan kepada pembangunan dunia," kata Zhao.

Tegasnya, sekatan tidak akan membawa kedamaian, dan ini telah terbukti benar. Amerika Syarikat (AS) selaku kuasa ekonomi terbesar di dunia, patut mengambil berat hak hidup dan hak pembangunan rakyat sedunia, bertindak baik-baik demi pemulihan ekonomi dan kestabilan rantai bekalan global.