Insentif Percukaian Bantu Syarikat Harungi Masa Getir

2022-05-07 20:10:02  CRI
Share with:

Insentif percukaian termasuk pengurangan kutipan cukai yang diambil kerajaan China dilihat membantu syarikat domestik mengharungi cabaran daripada pandemik COVID-19.

Huayuan merupakan sebuah perusahaan pengeluar stibium berketulenan tinggi yang terletak di wilayah Guangxi, selatan China.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2014 itu mampu menghasilkan sebanyak 15,000 tan stibium setiap tahun, yang dapat digunakan untuk membuat plat akumulator dan aloi galas.

Sejak 2021, syarikat itu telah memperoleh rebat cukai sebanyak RMB2.82 juta (RM1.84 juta), dan peruntukannya hampir RMB5 juta (RM3.27 juta) bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) menikmati pengecualian cukai.

Untuk rekod, pengembalian cukai bernilai RMB132.2 bilion (RM86.5 bilion) telah diberikan kepada 31,000 syarikat daripada sektor pembuatan seumpama Huayuan pada tahun lepas.

Insentif berkenaan bukan sahaja membantu mengurangkan kos syarikat untuk menjalankan R&D, tetapi juga menambah baik aliran tunai dalam perniagaan mereka.