China: Polisi "Dinamik Sifar" Bukan Kawalan Pergerakan di Semua Tempat

2022-05-07 15:27:51  CRI
Share with:

Polisi "dinamik sifar" COVID-19 tidak bermakna kawalan pergerakan dilaksanakan sepenuhnya di semua tempat, sebaliknya polisi itu bertujuan untuk mengelakkan situasi itu.

Demikian dinyatakan oleh ketua kumpulan pakar Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Liang Wannian dalam sidang akhbar di Beijing pada Jumaat.

Katanya, ketika menghadapi varian Omicron pada masa sekarang, China mengambil langkah pencegahan yang pantas dan komprehensif, di samping mengawal penularan secara bertepatan, sedaya upaya menyeimbangkan usaha membendung wabak dengan pembangunan sosioekonomi dan aktiviti pengeluaran yang normal, mengelakkan langkah-langkah membendung wabak yang sama dilaksanakan di semua tempat.