Kebun “Cahaya Bintang”

2022-05-08 15:16:10  CRI
Share with:

Inilah sebuah pangkalan pengeluaran buah naga di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di barat daya China.

Apabila senja menjelma, sebanyak ratusan ribu lampu LED akan dinyalakan serentak di kebun yang seluas 200 hektar ini.

Difahamkan tumbuhan buah naga memerlukan air dan cahaya yang mencukupi. Namun, masa sinaran cahaya matahari tidak mencukupi pada musim bunga semasa ini, dan ini menyebabkan tumbuhan buah naga sukar untuk berbunga pada waktu malam.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak pengusaha kebun ini menggunakan teknologi pencahayaan pada malam supaya memastikan jumlah penghasilan buah naga dan kualitinya terjamin.