Kes Tembakan di Florida, Empat Cedera

2022-05-08 14:49:10  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di utara kaunti Miami-Dade, Florida Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Sabtu lalu, mengakibatkan empat orang cedera termasuk dua belia.

Menurut pihak polis kaunti itu, kes tembakan itu berlaku pada kira-kira pukul 2.10 awal pagi. Pertengkaran tercetus pada satu perhimpunan kereta yang berakhir dengan tembakan.

Empat mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.