Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Dijadual pada Rabu

2022-05-09 11:02:08  CRI
Share with:

Forum Pembangunan Belia Rentas Selat edisi kelima akan berlangsung di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China pada 11 Mei.

Demikian umum jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Zhu Fenglian dalam taklimat akhbar di Beijing, hari ini.

Menurutnya, forum itu akan diserikan dengan kehadiran bekas pemimpin Parti Kuomintang, Hung Hsiu-chu, selain kira-kira 450 orang wakil belia dari kedua-dua pantai Selat Taiwan yang dijemput untuk aktiviti tahunan berkenaan.