Tianzhou-4 dan Long March-7 Y5 Bersedia ke Angkasa Lepas

2022-05-09 13:53:28  CRI
Share with:

 

Kapal kargo Tianzhou-4 dan roket pembawanya, Long March-7 Y5 telah dipindahkan ke pusat pelancaran kapal angkasa Wenchang di Provinsi Hainan, pada Sabtu.

 

Pereka bentuk keseluruhan Long March-7, Shen Dan memaklumkan bahawa roket itu mempunyai ciri-ciri tanpa toksin, bebas pencemaran dan mesra alam.

 

"Long March-7 adalah roket pembawa bersaiz sederhana yang diselidik dan dibangunkan khusus untuk kapal pengangkutan kargo.

 

"Keseluruhan roket menggunakan oksigen cecair dan minyak tanah untuk ke udara, sekali gus menjadikan ia roket yang mesra alam.”

 

Sebagai pelancaran sulung tugas keenam penerbangan bermanusia ke angkasa lepas pada tahun ini, Tianzhou-4 merupakan barisan hadapan kapal pengangkutan kargo.

 

Jelas Shen, memasuki kali keempat kerjasama antara Long March-7 dan Tianzhou, keadaan teknikal keseluruhan roket kini menunjukkan kestabilan, dan analisis kebergantungan penerbangan turut  mencapai taraf canggih antarabangsa.

 

Tambahnya, pegawai yang terlibat dalam sistem roket telah memperbaiki prosedur, supaya pemeriksaan dan pelancaran roket diselesaikan dalam tempoh sebulan.

 

Difahamkan, sistem pandu arah Beidou kini digunakan sebagai panduan dalam proses penempatan dan sistem kawalan kendiri.

 

Untuk rekod, sejak penerbangan sulungnya pada tahun 2016, roket Long March-7 telah menjayakan pelancaran kapal Tianzhou sebanyak tiga kali.