Pengurangan Cukai Syarikat di China Semasa Pandemik

2022-05-09 16:46:02  CRI
Share with:


Sejak tercetus pandemik COVID-19, syarikat-syarikat dari pelbagai industri telah mengalami tempias di seluruh dunia. 

Demi membantu syarikat domestik mengharungi masa sukar ini, kerajaan China telah memperkenalkan beberapa dasar pengurangan cukai. 

Syarikat Logam Kimia Huayuan di wilayah Guangxi telah mendapat bayaran balik cukai berjumlah RMB2.82 juta (RM1.84 juta) sejak tahun 2021. Di samping itu, perbelanjaan syarikat ini dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah kira-kira RMB5 juta (RM3.26 juta) telah dikecualikan cukai, dan lebih RMB200 ribu (RM130.36 ribu) cukai ditunda. 

Pada sepanjang tahun 2021, sebanyak 31,000 syarikat pembuatan seperti syarikat Huayuan mendapat bayaran balik cukai sebanyak RMB132.2 biolion (RM86.16 bilion).

Selain daripada syarikat pembuatan, syarikat inovasi pula menikmati dasar seumpama. 

Eyebright Medical Technology ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan lensa intraokula. Produknya untuk mengubati penyakit katarak telah disenaraikan dalam projek bantuan perubatan kerajaan China kepada negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur & Laluan.

Pada tahun 2020, peruntukan syarikat Eyebright dalam R&D berjumlah RMB22 juta (RM14.34 juta) telah dikecuaikan cukai. Di samping itu, bayaran insurans sosial sebanyak RMB4 juta (RM2.61 juta) juga dikecualikan.