Santapan Minda: Merubah Diri ke Arah Lebih Baik

2022-05-09 17:03:06  CRI
Share with:

Andai hendak perbaiki diri, lakukanlah setiap hari. Ayuh, jadikannya amalan sehari-hari.

 

Huraian:

Dipetik daripada Da Xue (Great Learning), karya klasik Confucius dihasilkan lebih 2,000 tahun lalu, mutiara kata ini membawa erti bahawa berdikit-dikit merubah diri ke arah yang lebih baik menerusi pengasahan minda dan pemupukan moraliti, lama-lama kesempurnaan pasti menjelma jua.

Dengan menjulang semangat kental tanpa mengenal putus asa, ia juga menekankan pentingnya pelaksanaan inovasi secara konsisten dalam menjayakan suatu wawasan.

Belia, golongan paling dinamik dan kreatif dalam masyarakat kita, wajar berdiri di barisan hadapan dalam usaha inovasi.

Sepertimana yang diungkapkan kata-kata hikmah tersebut, golongan belia hendaklah membina minda yang kreatif, berani melakukan inovasi dan terus maju mendahului diri sendiri hingga tampil lebih cemerlang.