Li Yucheng, Si Pemuda Pembuat Kasut Sukan

2022-05-09 13:21:48  CRI
Share with:

Li Yucheng, pemuda yang dilahirkan pada 1998, pada awalnya merupakan peminat kasut sukan.

Namun, apabila dia mahu mencari tukang kasut untuk membaiki kasutnya, Li mendapati bahawa tukang yang mahir di pasaran sangat sedikit.

Dari situ, dia mula mempelajari kemahiran tersebut yang bukan sahaja dapat membaiki kasutnya, malah juga dapat membantu semakin ramai orang memperbaiki kasut sukan mereka yang amat berharga.

 

Li dan rakannya turut pernah menerima tempahan dari Malaysia dan kasut sukan dibaikinya pernah mencecah harga sehingga lebih RMB80,000 (RM52,488).

Dalam masa tiga tahun sahaja, pasukan Li sudah mempunyai belasan orang pekerja yang kebanyakannya adalah pemuda dengan minat sama.

 

Kini, Li terus belajar dalam kerjanya, selain turut berharap agar lebih banyak elemen sains dan teknologi digunakan dalam pembaikan kasut supaya kerja ini dijalankan secara profesional dan standard.