Import, Eksport China Menokok 7.9 Peratus

2022-05-09 13:34:26  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport China mencatat RMB12.58 trilion (RM8.25 trilion) pada empat bulan pertama tahun ini, naik 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC). 

Selaku rakan dagang terbesar China, ASEAN menyumbang sebanyak RMB1.84 trilion (RM1.2 trilion) atau 14.6 peratus kepada keseluruhan dagangan tersebut.

Untuk tempoh sama, import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah RMB3.97 trilion (RM2.6 trilion), meningkat 15.4 peratus.

Sementara itu, jumlah dagangan China dengan 14 anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) direkod sebanyak RMB3.84 trilion (RM2.51 trilion), menokok 3.9 peratus

Pengarah Jabatan Statistik dan Analisis GACC, Li Kuiwen berkata, landskap pasaran antarabangsa terus dioptimumkan dengan kerjasama serantau kian rapat dan perdagangan semakin dipelbagaikan.

Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kedinamikan dan potensi perdagangan luar China, malah menjana pertumbuhan berterusan dagangannya dengan negara BRI serta anggota RCEP.