NED Diselar Sebagai CIA Kedua

2022-05-10 12:08:32  CRI
Share with:

Wajah sebenar Endowmen Kebangsaan bagi Demokrasi (NED) Amerika Syarikat terbongkar sepenuhnya kepada khalayak ramai melalui senarai fakta yang disiarkan Kementerian Luar China baru-baru ini.

Jurucakap kementerian itu, Zhao Lijian menyelar NED sebagai “sarung tangan putih” kerajaan AS untuk menggulingkan kerajaan negara lain atas nama “demokrasi” dan mewujudkan kuasa boneka yang pro-AS.

Semasa taklimat media pada Isnin, Zhao turut menyifatkan NED sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA) kedua AS.

Tegas beliau, kedamaian dan pembangunan tetap merupakan tema utama zaman ini. Amalan NED mencampuri urusan negara lain nescaya menemui kegagalan, biarpun ia disamarkan dalam apa jua bentuk.