Zhu Huishan, Cat Kereta, Warna Kehidupan Sendiri

2022-05-10 13:52:18  CRI
Share with:

 

Merupakan lulusan insititut pendidikan vokasional di provinsi Guangdong, Zhu Huishan adalah satu-satunya pelajar perempuan dalam fakulti pembaikan kereta di institut itu.

Sejak mempelajari teknik mengecat kereta selain mengikuti pembelajaran teori, Huishan turut melakukan latihan praktikal selama 10 jam setiap hari.

 

Dalam pertandingan teknik negara yang diadakan buat pertama kali pada 2020, Huishan mewakili provinsi Guangdong menyertai pertandingan acara mengecat kereta dan memenangi tempat kelima dan dianugerah sebagai “tukang mahir negara”.

 

Pada 2021, Huishan dipilih bekerja untuk sebuah syarikat kereta gergasi berikutan kemahirannya yang amat baik.

 

Gadis ini mempunyai cita-cata lebih tinggi iaitu menyumbang kepada penaiktarafan sektor mengecat kereta.