Kupon Penggunaan Digital, Rangsang Pasaran Penggunaan China

2022-05-10 13:09:58  CRI
Share with:

Pada 12 April lalu, bandar Beijing telah mengedarkan kupon penggunaan bernilai lebih RMB300 juta (RM196 juta) kepada penduduk.

Di bandar Changsha, provinsi Hunan pula, aktiviti bertemakan empat musim bagi merangsang penggunaan dilancarkan dengan mengedarkan kupon bernilai lebih RMB30 juta (RM19.6 juta) dan dianggarkan mampu mendorong peningkatan penggunaan lebih daripada 20 peratus.

Bagi provinsi Yunnan, kerajaan tempatan mengedarkan kupon penggunaan pelancongan bernilai RMB 200 juta (RM131 juta) dan kupon ransangan bagi pelancong sebanyak RMB100 juta (RM65 juta) mulai April hingga Disember nanti.

Setakat ini, terdapat lebih 220 buah bandar telah mengeluarkan kupon penggunaan digital pada 2021 yang melibatkan produk digital, alat elektrik, pakaian, makanan, pelancongan dan perhotelan dengan jumlah bernilai RMB19 bilion (RM 12.4 bilion).

 

Data berkenaan menunjukkan bahawa kerajaan mengeluarkan setiap kupon bernilai RMB1, RMB0.87 akan diperolehi syarikat kecil dengan jualan setahun di bawah RMB300,000 (RM196,000).

 Pengedaran kupon bukan sahaja dapat merangsang ekonomi tetapi juga boleh membantu industri dan syarikat kecil dan sederhana yang mengalami kesukaran ekoran pengaruh negatif daripada wabak COVID-19.